Saturday, April 20, 2013

Panas Pilihanraya...

Walaupun ini kali pertama menaip di blog yang tidak asing lagi bagi sesetengah warga bloger yang lain, namun tajuk pilihanraya jadi pilihan hati.....bukan kerana suka, tapi terlebih teruja melihat karenah manusia diluar yang masing-masing cuba menegakkan perkara yang benar kononnya....tapi kenapa pula aku gunakan perkataan 'konon'nya ? palsukah kata-kata mereka tu semua? ah ntahla...hanya Allah yang tahu kebenaran disebalik semua janji manis dan kata-kata perjuangan yang diperlaungkan...memilih pemimpin bukan semudah memilih baju nak keluar untuk bersiar-siar..semoga allah memudahkan perjalanan urusan semua untuk mendapatkan pemimpin negara yang unggul dan beriman, Insha Allah !